Wednesday, 6 September 2017

Berhenti Merokok

Aku mula berjinak-jinak dengan rokok pada umur 16 tahun ketika berada di tingkatan 4. Patutnya umur macam ni tak payah dah terjebak merokok.

Terjebak bukan hanya kerana faktor pengaruh rakan sebaya sahaja. Lebih kepada faktor sekeliling; masa tu merokok perkara biasa bagi mereka yang meningkat dewasa. Kat mana-mana nampak orang merokok.

Rokok favourite mestilah Dunhill kotak merah. Dulu-dulu murah je. Murah-murah pun tak mampu beli kotak. Beli batang-batang kat kedai runcit.

Kesedaran Berhenti Merokok

Setelah beberapa belas tahun bergelumang dgn asap rokok, timbul kesedaran berhenti merokok antaranya sebab rokok mahal. Dunhill sekotak RM17. Dua hari sekotak. Lebih kurang dekat RM300 sebulan belum lagi ditambah dgn barang sampingan seperti kopi & kuih-muih ketika melepak.

Pernah cuba hisap rokok seludup. Memang murah tapi tak boleh masuk dgn aku.

Aku jenis yang suka bersukan. Setiap kali bersukan nafas pendek. Pancit. Jadi rasa sudah masa untuk berhenti merokok.


Motivasi Berhenti Merokok

Ada beberapa perkara yang menguatkan azam aku berhenti merokok:

  • Buang duit
  • Senang dapat penyakit
  • Jadi contoh untuk anak-anak (kepimpinan melalui teladan)
  • Rokok hukumnya haram
  • Kotor (buang abu & puntung rokok merata-rata)
  • Ceramah agama selalu hentam perokok. Rasa malu.

Cara Berhenti Merokok

 Dah banyak kali cubaan berhenti rokok dilakukan. Namun boleh dikatakan gagal. Nak berhenti sehari pun tak dapat. Pelbagai kaedah digunakan. Minum air tembakau pun pernah.

Sehinggalah tanggal 1 April 2017, cubaan untuk tidak merokok sehari berjaya! Dan ianya berterusan sehingga ke hari ini.

Dugaan 

Bohonglah kalau boleh berhenti tanpa ada rasa apa-apa. Sepanjang 5 bulan tidak merokok pelbagai timbul:
  • Rasa keinginan merokok yang kuat (pada bulan pertama).
  • Cirit-birit (bukan selalu tapi dah 2 kali kena - Seminggu sekali kena)
  • Perut krem (kadang-kadang)
  • Sakit kepala (kadang-kadang)
  • Cepat marah
  • Sesak nafas 
  • Hidung tersumbat 
  • Jantung laju secara tiba-tiba.
Benda-benda ni buat mental down, macam-macam rasa ada. Takut ada penyakit.

Paling aku tak tahan ialah sesak nafas dan hidung sumbat. Aku beli ubat sedut asma dan nasal spray untuk hidung tersumbat.

Masih lagi terasa keinginan merokok, tetapi bila memikirkan nicotine withdrawal  yang kena hadap sebelum ini, hasrat tersebut terus hilang.

Perubahan

Selepas 6 bulan, perkara positif yang dirasakan :
  • Selera makan bertambah
  • Stamina bertambah
  • Tidak ada lendir ditekak setiap pagi.
  • Boleh simpan duit.

Kekal Tidak Merokok

Aku tak mengalami kesukaran untuk kekal tidak merokok. Pada aku, niat kena kuat.

Bila melepak dengan kawan-kawan yang merokok, aku beritahu yang aku dah berhenti merokok. Ada yang memberi semangat dan tak kurang juga yang menyindir "tu bukan berhenti, tu bercuti" :) . Aku ambil sebagai cabaran je la. Lagipun diorang bukan boleh paksa aku merokok balik.

Aku ada juga cuba nicotine gum. Beli kat farmasi harga RM17 utk 15 biji. Aku makan dalam 10 biji. Lepas tu aku tak makan dah. Sakit tekak makan benda ni.

Selepas seminggu berhenti merokok, aku daftarkan diri di Klinik Berhenti Merokok di Hospital Ampang. Di sini, di bawah unit Pendidikan Kesihatan pegawainya Pn. Shikin.

Pelbagai pemeriksaan dan kaji selidik dilakukan nak tahu tahap kebergantungan aku terhadap nikotin. Juga Pn. Shikin turut  memberi kaunseling dan kita boleh berkongsi pengalaman kita bersama beliau.

Aku datang klinik ini bukan tujuan nak tau cara berhenti merokok. Aku datang menyokong usaha dan kempen hospital ini.

Aku diberi 6 bulan tempoh pengawasan. Dalam tempoh ini, akan ada beberapa temujanji dengan kaunselor untuk monitor progress. InsyaAllah bulan 10 nanti aku akan disahkan bebas rokok.

Kesimpulannya, tabiat merokok ini berkait rapat dengan tabiat dan kehendak individu itu sendiri. Tiada siapa atau ubat yang mampu membuatkan kita berhenti merokok. Semuanya berbalik pada diri sendiri.

Kepada yang sedang berusaha berhenti merokok. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.
Yang masih merokok, sudah-sudah lah!