Sunday, 23 March 2014

Beriman Sebelum Di Uji

 

 Allah telah berfirnan : "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedangkan belum diuji?" ( QS Al-Ankabut : 2-3).

     Pelbagai huraian dan tafsiran yang dilakukan tentang ayat ini sama ada secara panjang lebar dan seringkas mungkin. Ada yang mengatakan bahawa orang yang beriman adalah mereka yang diuji, jadi jika anda tidak diuji, bermakna anda tidak beriman.

     Tafsiran seperti ini boleh dikatakan 'cuai' dan boleh dipertikaikan. Logik akal, mana mungkin manusia tidak diuji dalam hidup ini. Tafsiran seperti ini juga boleh membawa perbincangan dan juga pendebatan yang panjang.

     Jika diperhalusi makna ayat ini boleh lah ditafsirkan dan diterjemahkan dengan pendek. Diandaikan sebelum ini kita merupakan manusia yang sihat sejahtera dan boleh melakukan solat. Ditakdirkan satu hari kita terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terlantar di hospital dengan kaki yang bersimen dan tidak boleh bergerak kemana-mana. Sukar untuk kita menguruskan diri kita tanpa pertolongan.

     Disini lah terletaknya ujian iman terhadap anda dalam melaksanakan solat. Berapa ramai yang akan menjaga solatnya dalam keadaan sebegini? Jika kita menjaga solat kita, Alhamdulillah sifat-sifat orang beriman itu ada bersama kita.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment