Kuching
Berlepas ke Kuching pada kali ini atas urusan kerja. Pada
kali ini cuma bermalam semalam di Kuching. Sebelum bertolak, pelbagai urusan
perlu diselesaikan. Tempahan tiket penerbangan, mencari pemandu teksi untuk
pergi ke airport dan mencari hotel yang sesuai dan menyediakan dokumen-dokumen
yang diperlukan semasa urusan yang diperlukan.
Perjalanan
Bermula
Menggunakan perkhidmatan Air Asia yang berlepas dari KLIA2.
Ini mengujakan kerana pertama kali pergi ke sana selepas mula beroperasi awal
tahun ini. Bertolak seawal 6 pagi dari rumah dengan teksi. Perjalanan dari
Ampang ke KLIA2 mengambil masa kurang daripada satu jam; bergantung kepada
keadaan trafik.
Tiba di KLIA2, terus ke Check-In
Counter Air Asia untuk letakkan bagasi dan terus ke Domestic Departure Gate . Waktu penerbangan lebih kurang jam 9.30
pagi.
Jam 11.30 tiba di Kuching International Airport. Masalah
utama yang selalu saya hadapi ketika travelling ialah GSM coverage. Disini
tiada coverage dan sukar untuk saya menghubungi rakan di sini.
Justeru saya nekad, setelah pulang ke semenanjung saya akan
pulang terus switch ke operator provider lain.
Dalam penerbangan Air Asia
Teksi
Saya gagal menghubungi rakan untuk mengambil saya di
Airport. Saya mengambil keputusan menggunakan teksi. Perjalanan dari lapangan
terbang ke pejabat rakan adalah sekitar 10 minit dan 2km. Tambang teksi yang
dikenakan ialah RM21. Sangat mengejutkan.
Saya bertanya kepada pemandu teksi mengapa tambang teksi
terlalu mahal dan tidak menggunakan meter. Alasan yang digunakan ialah teksi di
Sarawak menggunakan petrol dan harga kereta dan spare part di sini mahal
berbanding di semenanjung.
Ini merupakan kali kedua saya ke Kuching, kali pertama pada
tahun lepas, juga menggunakan teksi. Kepada yang mahu datang ke Kuching atas
urusan makan angin, dicadangkan menggunakan khidmat kereta sewa.
Pemandangan KLIA 2
Pulang
Saya berada di Kuching cuma semalam. Saya bermalam di Four
Point by Sheraton. Tempahan melalui Booking.com. Servis yang diberikan sangat
baik, pekerjanya ramah. Biliknya juga sangat menarik. Cuma mengenai
perkhidmatan wifi adalah tidak percuma. Untuk 1 jam dikenakan bayaran RM10, 4
jam RM20 dan sehari RM40. Saya rujuk perkara ini kepada Pengurus Hotel. Dimaklumkan bahawa pakej saya tidak termasuk sekali wifi servis. Kos saya untuk semalam hanya RM 180.
Kali ini saya tidak pergi mencari kek lapis dan ikan masin
memandangkan waktu yang singkat dan juga faktor tambang teksi yang mungkin
menelan kos dalam RM100 dalam anggaran saya jika ingin pergi ke dua lokasi
tersebut; amat tidak berbaloi. Mungkin dikesempatan lain saya mungkin akan
berkunjung ke sini.
Kedai makan di Kuching
Four Point by Sheraton
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment