13 Jun 2016 - Sumber paultan.org
Sedang berehat melayari internet, mata tertarik terhadap artikel dari paultan.org .
Tahun ini sebanyak 18 buah plaza tol telah terlibat dengan kenaikan kadar dan kebanyakannya adalah secara drastik. Bagi tahun ini pula, kerajaan dikatakan bakal membuat keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lapan lagi syarikat konsesi, menurut The Sun.
Akhbara berbahasa Inggeris itu turut memetik dari Sin Chew Daily, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jika ingin mengekalkan kadar tol yang sama pada harga kini, kerajaan perlu membayar pampasan kepada pihak konsesi dalam jumlah yang sangat besar dan ini membebankan kerajaan dalam hutang jangka masa panjang.
Beliau turut menambah, kerajaan telah berhadapan dengan kesukaran untuk membuat keputusan berhubung perkara ini. Namun hanya ada dua pilihan di bawah rancangan penstrukturan semula tol iaitu membenarkan kenaikan tol dan pengguna perlu membayar lebih untuk menggunakan lebuh raya, atau menanggung beban kos pampasan tersebut.
Fadillah berkata syarikat konsesi yang dibenarkan untuk menaikkan kadar tol di lapan buah lebuhraya iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP), Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) pada 1 Januari tahun ini, menurut persetujuan yang telah ditandatangani sebelum ini. LDP juga telah menaikkan kadar tol pada tahun lalu.
Jika kerajaan tidak meluluskan kenaikan kadar tol ini, jumlah pampasan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM539 juta. "Jika kerajaan menangguhkan kelulusan kenaikan kadar tol, jumlah tersebut (pampasan), akan meningkat setiap tahun. Dalam erti kata lain, ia boleh menyebabkan hutang dalam jangka masa panjang untuk kerajaan," ujar Fadillah.
Menteri tersebut turut menambah, antara tahun 2008 dan 2014, kerajaan telah menolak permohonan untuk menaikkan kadar tol oleh syarikat konsesi lebuhraya, dan ia menyebabkan lebih dari 2.2 bilion pampasan terpaksa di bayar.
Fadillah juga enggan mendedahkan sebarang butiran mengenai kadar tol tersebut, sambil menambah jawatankuasa kerja telah berunding untuk mengemukakan laporannya kepada kabinet bagi menentukan keputusan hasil perbincangan bersama pemegang konsesi lebuh raya tersebut berakhir kelak.
Tahun lalu, sejumlah 18 buah lebuhraya di seluruh Malaysia terlibat dengan kenaikan tol, dalam tarikh yang sama iaitu 15 Oktober. Ini termasuk AKLEH,Besraya, DUKE, Grand Saga, Lebuhraya Guthrie, Kajang SILK, Karak, LATAR, LEKAS, LKSA, MEX, NPE, terowong SMART, Lebuhrayra Senai-Desaru, SKVE, Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Sprint dan LDP.
* Terfikir apa alasan syarikat konsesi ini menaikkan kadar tol? Bayaran balik kepada bank meningkat? Atau memang janji kerajaan agar mereka ini berminat untuk melaburkan wang dalam pembinaan lebuhraya?
Yang pasti, segala macam jenis kenaikan akan dikenakan kepada rakyat. Nak selesa bayar lebih.
No comments:
Post a Comment