Sunday, 14 December 2014

Kuching Sarawak




Kuching

Berlepas ke Kuching pada kali ini atas urusan kerja. Pada kali ini cuma bermalam semalam di Kuching. Sebelum bertolak, pelbagai urusan perlu diselesaikan. Tempahan tiket penerbangan, mencari pemandu teksi untuk pergi ke airport dan mencari hotel yang sesuai dan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa urusan yang diperlukan.

Perjalanan Bermula

Menggunakan perkhidmatan Air Asia yang berlepas dari KLIA2. Ini mengujakan kerana pertama kali pergi ke sana selepas mula beroperasi awal tahun ini. Bertolak seawal 6 pagi dari rumah dengan teksi. Perjalanan dari Ampang ke KLIA2 mengambil masa kurang daripada satu jam; bergantung kepada keadaan trafik.
Tiba di KLIA2, terus ke Check-In Counter Air Asia untuk letakkan bagasi dan terus ke Domestic Departure Gate . Waktu penerbangan lebih kurang jam 9.30 pagi.
Jam 11.30 tiba di Kuching International Airport. Masalah utama yang selalu saya hadapi ketika travelling ialah GSM coverage. Disini tiada coverage dan sukar untuk saya menghubungi rakan di sini.
Justeru saya nekad, setelah pulang ke semenanjung saya akan pulang terus switch ke operator provider lain.

Dalam penerbangan Air Asia

Teksi

Saya gagal menghubungi rakan untuk mengambil saya di Airport. Saya mengambil keputusan menggunakan teksi. Perjalanan dari lapangan terbang ke pejabat rakan adalah sekitar 10 minit dan 2km. Tambang teksi yang dikenakan ialah RM21. Sangat mengejutkan.
Saya bertanya kepada pemandu teksi mengapa tambang teksi terlalu mahal dan tidak menggunakan meter. Alasan yang digunakan ialah teksi di Sarawak menggunakan petrol dan harga kereta dan spare part di sini mahal berbanding di semenanjung.
Ini merupakan kali kedua saya ke Kuching, kali pertama pada tahun lepas, juga menggunakan teksi. Kepada yang mahu datang ke Kuching atas urusan makan angin, dicadangkan menggunakan khidmat kereta sewa.

Pemandangan KLIA 2
  

Pulang


Saya berada di Kuching cuma semalam. Saya bermalam di Four Point by Sheraton. Tempahan melalui Booking.com. Servis yang diberikan sangat baik, pekerjanya ramah. Biliknya juga sangat menarik. Cuma mengenai perkhidmatan wifi adalah tidak percuma. Untuk 1 jam dikenakan bayaran RM10, 4 jam RM20 dan sehari RM40. Saya rujuk perkara ini kepada Pengurus Hotel. Dimaklumkan bahawa pakej saya tidak termasuk sekali wifi servis. Kos saya untuk semalam hanya RM 180.

Kali ini saya tidak pergi mencari kek lapis dan ikan masin memandangkan waktu yang singkat dan juga faktor tambang teksi yang mungkin menelan kos dalam RM100 dalam anggaran saya jika ingin pergi ke dua lokasi tersebut; amat tidak berbaloi. Mungkin dikesempatan lain saya mungkin akan berkunjung ke sini.


 Kedai makan di Kuching

 Four Point by Sheraton 









Terima kasih.

Tuesday, 2 December 2014

Bubble Machine For Rent


Assalamualaikum & salam sejahtera,


Bubble machine untuk disewa. Sesuai untuk Majlis Perkahwinan, Sambutan Hari Jadi, Corporate Event dan lain-lain lagi.

Didatangkan pakej lengkap. Just Plug & Play.

Khidmat nasihat diberikan secara percuma!!

Berminat dan pertanyaan lanjut sila hubungi penyedia perkhidmatan.


Wednesday, 26 November 2014

Melayu & Islam


Sudah lama tidak membuat coretan dalam ruangan ini. Baru-baru ini saya berpeluang membaca sejarah lisan Tun Dr. Mahathir. Buku hasil temubual dua ahli akademik kepada Tun. Seluruh kandungan buku ini sangat menarik tentang sejarah dan masa depan orang Melayu.

Saya ingin kongsikan sedikit petikan orang tentang Islam masa kini dari perspektif Tun.

Pendapat saya adalah tekanan kita dalam ajaran agama ini tidak menyeluruh. Kebanyakkan daripada ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih tidak dijelaskan kepada orang Islam. Mereka lebih menumpukan pada ibadat tertentu seperti Fardu A'in. Dan kalau kita teliti dalam Islam ada Fardu A'in dan Fardhu Kifayah. Fardu A'in adalah untuk diri kita sendiri. Kalau kita lakukan, kita mendapat pahala dan kita akan pergi ke syurga, Kalau kita berbuat salah, kita berdosa dan kita ke neraka. Itu untuk diri kita.

Sebaliknya Fardu Kifayah berkehendakkan dalam satu masyarakat itu mesti ada orang yang membuat sesuatu penting untuk masyarakat itu. Jika tidak maka keseluruhan masyarakat itu akan bersalah. Jadi ini tidak ditekankan. Hanya baru-baru ini sajalah ada tekanan terhadap Fardu Kifayah. Dulu kita cuma kita belajar sembahyang, puasa, zakat, melaksanakan ibadat haji dan mengucap dua kalimah syahadah. Ini yang diutamakan dan diulang berkali-kali supaya kita mesti sembahyang dan tambahkan juga sembahyang sunat dan lain-lain. Tekanan yang lebih diberi kepada ibadat seperti ini.

Tetapi bagi saya, setelah saya meneliti al-Quran dalam bahasa yang saya boleh faham, banyak ajaran dalam al-Quran itu tidak diajar sama sekali. Umpamanya kita perlu memiliki ilmu pengetahuan; Iqra'. Apabila kita membaca, kita mendapat pengetahuan. Tetapi mereka kata Iqra' itu adalah untuk belajar  agama saja. Pengetahuan yang dikehendaki adalah berkisar pada agama saja. Sebenarnya dalam Al-Quran disebut bahawa orang Islam mesti mempunyai kebolehan mempertahankan umat Islam. Untuk mempertahankan umat Islam, kita memerlukan senjata. Pada zaman nabi, senjata bermaksud tombak, pedang, panah; tetapi pada zaman ini, kita memerlukan roket, bom, kereta kebal dan yang seangkatan dengannya. Untuk ini, kita perlu ada pengetahuan dalam bidang sains, dalam bidang fizik, kimia, ilmu hisab, tetapi ini kita tidak belajar. sebaliknya dalam a-Quran, apabila kita disuruh menentukan bahawa kita mampu mempertahankan diri, maka kita perlu memdapatkan kemampuan itu. Kita perlu ada ilmu berkenaan dengan cara membentuk senjata-senjata moden. Tanpa ilmu ini kita tidak dapat menunaikan fardu Kifayah, mempertahankan Islam dan umat Islam seperti yang disuruh dalam Al-Quran.

Sebenarnya dalam Islam tidak ada sekularisme. Kita menyebut bahawa Islam itu Ad-Deen, a way of life bukan a way of death, tetapi a way of life, cara hidup. Way of life ini banyak, menyeluruh termasuk untuk mencari rezeki, untuk bekerja, untuk mempumyai kecekapan, dan macam-macam lagi. Tetapi  orang yang mengajar agama, bagi dia yang utama ialah ibadat tertentu. Kalau kita sembahyang, maka kita adalah orang yang baik, tetapi kalau kita tidak boleh mempertahankan diri kita, orang itu tidak salah. Tetapi sebaliknya itu salah. Ini yang menjadi masalah apabila mereka mengikut cara-cara barat, iaitu mengasingkan antara sekular dengan religion, church and state. Pada zaman dahulu, church secara langsung terlibat dengan pentadbiran sehingga menidakkan pemerintahan oleh raja. Oleh itu mereka terpaksa memisahkan pentadbir dan pentadbiran daripada gereja. Tetapi dalam agama Islam, ini tidak boleh dipisahkan kerana pentadbiran dan mentadbir adalah sebahagian dari way of life. Islam is a religion and a way of life; cara hidup. Jadi cara hidup bukan sahaja sembahyang, bukan sahaja puasa, bukan sahaja melakukan ibadat haji. Cara hidup seperti bercucuk tanam, cara membuat baju, cara menenun kain, semua ini cara hidup. Justeru, kita tidak boleh mengatakan bahawa perkara ini adalah sekular. Kita tidak boleh berkata pentadbiran adalah perkara sekular.

Sekian terima kasih

Friday, 26 September 2014

ANAK





Bila sebut tentang anak, terlintas di fikiran tentang telatah dan bermacam ragam mereka. Kalau anginnya baik, maka bergembira lah seisi rumah. Tapi jika sebaliknya, gegak gempita juga rumah dengan tangisan dan pelbagai kerenah lagi. Terutama waktu mereka masih kecil.

Namun satu yang pasti. Anak lah peneman setia ibu bapanya tidak kira apa jua keadaan; samada susah atau senang. Ketika ibubapa dalam kesusahan, anak lah memberi ketenangan. Mungkin mereka tidak dapat membantu  dari segi kewangan dan juga tenaga. Namun Allah anugerahkan mereka "sesuatu" yang dapat mengisi dan menyenangkan perasaan orang tuanya. Subhanallah.

Namun sayang, kita masih lagi mendengar berita tentang anak-anak kecil didera. Tak tahu apa ibubapa jenis apakah ini.

Yang pasti, anak satu anugerah dari Allah yang tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Beruntunglah mereka mempunyai anak dan jagalah dan didiklah mereka sepatutnya.

Terima kasih.


Sunday, 4 May 2014

Kalaulah Aku Kaya






Gambar diatas menunjukkan keadaan  tong sampah di Bandar Baru Selayang, SELANGOR. Tong sampah ini bukan dibom menyebabkan keadaan nya seperti ini sebaliknya mengalami proses pereputan semulajadi. Dari gambar bolehlah dianggarkan tempoh masa yang diambil untuk sampai ke tahap ini.

Sepanjang tempoh itu juga sudah banyak laporan yang dibuat ke pihak bertanggungjawab iaitu pihak Majlis Perbandaran Selayang. Pelbagai medium digunakan seperti laman aduan pihak Majlis di Web site, email ke ahli majlis yang bertanggungjawab sehinggalah ke ADUN. Namun keadaannya tetap seperti ini.

Sistem yang diguna pakai untuk mengurus sampah boleh lah disamakan dengan keadaan tong sampah ini. Bukan hendak menyalahkan sesiapa namun lebih kepada sistem yang diguna pakai. Bila masalah ini diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab, jawapan standard yang diberikan "tong sampah belum ada stok, sebaik sahaja tong sampah diterima akan terus ditukar.

Kita sudah berada di tahun 2014, namun situasi ini menunjukkan kita kembali ke awal 90-an kembali. Persoalannya kerajaan Reformasi dilaungkan adakah menuju kemajuan atau kemunduran?

Malas nak berbicara lebih lanjut masalah ini, rasa hati ini ingin saja menukar tong sampah ini menggunakan wang poket sendiri daripada mengharapkan pihak bertanggungjawab yang hanya pandai bercakap.

Kalaulah aku kaya.

"Sayangi Selangor"

Sunday, 23 March 2014

Beriman Sebelum Di Uji

 

 Allah telah berfirnan : "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedangkan belum diuji?" ( QS Al-Ankabut : 2-3).

     Pelbagai huraian dan tafsiran yang dilakukan tentang ayat ini sama ada secara panjang lebar dan seringkas mungkin. Ada yang mengatakan bahawa orang yang beriman adalah mereka yang diuji, jadi jika anda tidak diuji, bermakna anda tidak beriman.

     Tafsiran seperti ini boleh dikatakan 'cuai' dan boleh dipertikaikan. Logik akal, mana mungkin manusia tidak diuji dalam hidup ini. Tafsiran seperti ini juga boleh membawa perbincangan dan juga pendebatan yang panjang.

     Jika diperhalusi makna ayat ini boleh lah ditafsirkan dan diterjemahkan dengan pendek. Diandaikan sebelum ini kita merupakan manusia yang sihat sejahtera dan boleh melakukan solat. Ditakdirkan satu hari kita terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terlantar di hospital dengan kaki yang bersimen dan tidak boleh bergerak kemana-mana. Sukar untuk kita menguruskan diri kita tanpa pertolongan.

     Disini lah terletaknya ujian iman terhadap anda dalam melaksanakan solat. Berapa ramai yang akan menjaga solatnya dalam keadaan sebegini? Jika kita menjaga solat kita, Alhamdulillah sifat-sifat orang beriman itu ada bersama kita.

Wallahualam.

Monday, 17 March 2014

Sepanjang Pencarian MH 370



Assalamualaikum,

     Pagi Sabtu 8/3/2014 negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MH 370 Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang berlepas dari KLIA menuju ke Beijing.

     Pesawat malang tersebut membawa sejumlah 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal yang diketuai oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah (53) dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid (27). Pesawat tersebut berlepas dari KLIA sekitar jam 12:41 pagi dan dijangka tiba di Beijing jam 6:30 pagi.

     Bermula dengan  pesawat tersebut dikesan hilang dari radar dan terputus hubungan dengan Subang Air Traffic Control (ATC) pada jam 2:40 pagi, sehinggalah hari ke-lima pencarian. Berita ini menggemparkan bukan sahaja di Malaysia sendiri malah seluruh dunia. Pelbagai andaian, spekulasi dan perbincangan dilakukan samada pihak kerajaan, pihak MAS sendiri dan juga dari mereka yang arif dalam industri penerbangan ini. Tidak ketinggalan juga menjadi isu hangat dan liputan meluas dalam laman sosial yang ada.


Andaian

    Semua media melaporkan situasi terkini tentang isu ini. Para pakar penerbangan membantu dengan memberikan segala kemungkinan yang boleh berlaku terhadap pesawat ini. Pihak kerajaan juga mengerahkan segala aset yang ada dan juga memohon bantuan daripada negara asing dalam mengesan lokasi sebenar pesawat misteri ini.

     Tidak ketinggalan juga, "pakar" yang tidak diiktiraf atau pakar "mee segera" di media sosial. Ada yang memberi teori yang membantu dan juga khabar angin yang diambil dari sumber yang tidak diketahui. Sememangnya berita-berita yang tidak sahih tentu menyebabkan keadaan bertambah sukar. Selain kerajaan terpaksa mengkaji bagi mengesahkan khabar angin ini, kerajaan juga akan dituduh sebagai menyembunyikan fakta kerana tidak memberi respons pantas terhadap isu ini tanpa mereka mengetahui bahawa kerajaan tidak boleh memberi maklumat tanpa mengkaji dulu kesahihan maklumat tersebut.

Usaha

     Sepanjang kehilangan pesawat MH 370. Pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak. Paling menarik usaha yang dilakukan seorang yang mendakwa dirinya Raja Bomoh berasal dari Perak.
   
    Pertama kali muncul di KLIA beliau melakukan 'ritual' yang agak menggemparkan Malaysia dan dunia mungkin. Dengan menggunakan dua buah 'teropong' dan sebuah bubu yang biasanya digunakan untuk menangkap ikan, beliau mendakwa pesawat tersebut tergantung antara 3 buah negara. 'Ritual' yang dilakukan sangat menggemparkan dunia sehinggakan menjadi trending di laman sosial. Pelbagai kecaman yang diterima dari dalam dan juga luar negara.

     Tidak tamat disitu, hari berikutnya beliau datang sekali lagi ke KLIA. Kali ini ditemani 4 orang pembantu termasuk seorang wanita. Ritual kali ini menggunakan permaidani dengan ketiga-tiga pembantu duduk secara bersiri dengan masing-masing melakukan tugas masing-masing. .

    Video dan juga gambar Raja Bomoh ini boleh didapati dan dikongsi secara meluas serata dunia di Facebook dan You Tube.

     Pelbagai kecaman diterima termasuk dari ahli agama dan juga politik. Namun beliau tetap yakin dan optimis dengan cara yang mereka lakukan. Bagaimanapun, cara yang dilakukan tersebut didakwa terpesong dengan ajaran Islam dan boleh ditakrifkan sebagai khurafat dan syirik selain menjatuhkan maruah negara di mata dunia.


Pendapat 

     Antara yang menarik perhatian adalah wawancara pihak TV3 dengan bekas juruterbang pesawat Boeing 777, Kapten Norudin Abd Majid. Beliau merupakan juruterbang yang membawa pesawat Boeing 777 ke Malaysia.

    Beliau menegaskan setelah segala usaha dengan menggunakan teknologi canggih di lihat buntu. Hanya orang tertentu dengan cara tertentu sahaja dapat menemui pesawat tersebut. Ditanya oleh pengacara siapa yang beliau maksudkan, dengan yakin beliau menegaskan doa orang soleh dan ahli keluarga mangsa yang dapat membantu kerana keluarga sedang bersedih dan Allah Maha Mengetahui.

    Pendapat beliau mendapat mendapat reaksi positif di kalangan masyarakat. Selain usaha berterusan, merayu pada Allah juga perlu pada masa ini.




     Ketika ini semua pihak sedang bertungkus lumus. Selain usaha dari pihak kerajaan Malaysia. Kita juga turut dibantu oleh negara-negara jiran. Ini adalah masa yang sesuai bagi negara tersebut selain dari mengukuhkan hubungan diplomatik, ia juga dapat membantu negara-negara luar tersebut menguji keupayaan teknologi yang ada. Sebagai rakyat, kita amat prihatin dengan ujian yang melanda negara kita. Kita perlu menyumbang dengan tidak menyebarkan berita yang belum terbukti kesahihannya selain memohon kepada petunjuk kepada Maha Pencipta.

Sekian.